Harbour (perisian)

Harbour ialah sebuah bahasa pengaturcaraan komputer moden. Ia serasi dengan Clipper yang rentas-pelantar, mampu berjalan pada kebanyakan sistem pengendalian (DOS, Microsoft Windows, Linux, varian Unix, beberapa keturunan BSD, Mac OS X, MINIX 3, Windows CE, Pocket PC, Symbian, iPhone, QNX, VxWorks, OS/2/eComStation, BeOS/Haiku, AIX) menggunakan kod sumber dan pangkalan data yang sama.Walaupun ia sebuah bahasa pengaturcaraan serbaguna yang hebat, namun ia diguna terutamanya untuk mencipta atur cara pangkalan data/perniagaan. Harbour telah diselenggarakan dengan aktif mencari kepelbagaian sambil mengekalkan keserasian kebelakang dengan gaya Clipper. Ia telah melalui pelbagai perubahan dan mendapat kepopularan meluas dalam tahun 1980-an dan 1990-an.Lesen sumber terbuka Harbour[1] serupa dengan Lesen Awam Am GNU, kecuali ia menyokong aplikasi hak milik, jadi sesebuah aplikasi hak milik boleh dihasilkan dengan Harbour dan diedarkan.

Harbour (perisian)

Lepasan pratunjuk 3.1.x tersedia daripada SVN
OS Rentas-pelantar
Lepasan stabil 3.0.0 (17 Julai 2011; 10 tahun yang lalu (2011-07-17))
Paradigma Pelbagai paradigma: imperatif, kefungsian, berorientasikan objek, pantulan
Sambugan fail biasa .prg, .ch, .hbs, .dbf
Muncul pada 1999
Dialek Clipper, Xbase++, Flagship, FoxPro, xHarbour
Pembangun Viktor Szakáts dan komuniti
Mempengaruhi xHarbour
Dipengaruhi dBase, Clipper
Direka oleh Antonio Linares
Disiplin penjenisan secara pilihan itik, dinamik, selamat, separuh tegas
Laman web http://www.harbour-project.org/
Lesen Sumber terbuka serasi GPL